March 9, 2011

~menoleh kebelakang~

org cakap 'past is past'
tp bagi aku xsalah menoleh sedikit kebelakang
menilai semula kesilapan2 semalam
agar dimasa hadapan, aku lebih berhati-hati
melalui perjalanan hidup ini yang pelbagai episode

menoleh kebelakang sedikit
banyak pengalaman yang telah aku lalui
mencekalkan hati bila berpisah org yang disayangi
melangkah sejauh ini, meninggalkan keluarga
demi kerjaya walaupun xsehebat mana
tapi aku menadah tangan bersyukur
dengan rezeki yang aku perolehi
alhamdullilah, syukur
masih ada rezeki untuk hari esok

menoleh sedikit kebelakang
aku mula menyedari bahawa
aku insan kerdil di bumi ciptaan Allah
menilai semula diri
aku hamba Allah yang sentiasa alpa
membuat kesilapan, kesilapan dan kesilapan lagi

menoleh sedikit kebelakang
mematangkan aku
aku belajar, aku memahami

harapan aku
menoleh sedikit kebelakang
memberi aku petunjuk
menguatkan lagi langkahku untuk
mencapai apa yang selalu aku cita2kan
insyallah.

No comments: